TikTok Shop tawar harga terendah, pelbagai keistimewaan

TikTok Shop tawar harga terendah, pelbagai keistimewaan

Kuala Lumpur: TikTok Shop menyediakan tawaran hebat buat pengguna melalui kempen 11.11 Mega Sale yang berlangsung dari 7 hingga 11 November 2024.

Pelbagai kategori produk daripada elektronik, gaya hidup, fesyen, kecantikan, kesihatan, penjagaan diri, barangan runcit, haiwan peliharaan, serta ibu dan bayi ditawarkan pada harga istimewa menerusi jaminan “Best Price Guarantee” dengan diskaun besar-besaran*.

Untuk mencari produk Best Price Guarantee, cari item bertanda “HARGA HANGAT” di TikTok Shop.

Pengguna TikTok Shop boleh menikmati potongan harga eksklusif bagi produk terpilih seperti PerySmith Spot Cleaner Cleanpro Series M2 Lite (RM199 berbanding harga asal RM249), MMX STEAMPRO 9005 Steam Generator Iron (RM171, harga biasa RM213), dan Huawei Watch GT 4 yang turun harga kepada RM649 daripada RM1,099.

Dalam kategori gaya hidup, produk masakan seperti Dessini Italy Granite Aluminium Cookware Tool (12 Pcs) ditawarkan pada harga RM139.90 (harga asal RM449.70).

Produk simpanan rumah seperti INHO Double Doors Storage Box pula bermula pada harga RM27.90, jauh lebih rendah daripada harga biasa RM58.90.

Untuk fesyen pula, TikTok Shop menawarkan 1 Dinar HABIB pada harga RM2,200 dan YAN@YAN Baju Kebarung pada harga istimewa RM30.

Koleksi pakaian dan aksesori wanita, seperti ZAHEERA Set with Skirt dan Bostanten 3 in 1 Women Handbags juga dijual pada potongan harga yang menarik sepanjang kempen ini.

Dalam kategori kecantikan dan penjagaan diri, Infinity Neurocharge ditawarkan pada harga RM89.90 (harga biasa RM102.90), manakala produk penjagaan kulit Hada Labo Premium Whitening Water Gel yang kini datang dengan tawaran “Buy 1 Free 1*” hanya berharga RM81.50, menjadikan kempen ini sebagai waktu terbaik untuk membeli produk penjagaan diri berkualiti.

Di samping harga istimewa, TikTok Shop juga menyediakan baucar penghantaran percuma tanpa had sepanjang kempen berlangsung yang boleh digabungkan dengan diskaun platform dan diskaun penjual dengan nilai keseluruhan RM11 juta.

Selain itu, pengguna berpeluang menerima tawaran “Beli Satu Percuma Satu” dan “Beli Satu Percuma Hadiah” untuk produk tertentu*.

Pengguna Maybank akan menikmati rebat RM10 dengan perbelanjaan minimum RM30 apabila menggunakan Maybank2u atau kad MAE sebagai kaedah pembayaran dari 7 hingga 11 November*.

Ini menjadikan kempen 11.11 TikTok Shop lebih menarik untuk pelanggan setia Maybank.

Pada 10 November dari 7 malam hingga 11 malam, Mega Live Showdown  menawarkan baucar eksklusif hingga diskaun 90 peratus*, selain peluang memenangi hadiah lumayan seperti kereta, motosikal, dan telefon pintar.

Pengguna juga berpeluang menyaksikan persembahan artis dalam acara beli-belah yang penuh hiburan.

Seramai 11 selebriti tempatan akan membuat persembahan seperti Ziana Zain, Aina Abudul, Aishah Retno, Marshah, Azlan Typewriter, Nadeera Zaini, Naim & Muah Band, Ismail Izzani, Yonni Boy, Sofea Liyana dan Amir Masdi.

Bagi memastikan kepuasan pelanggan, TikTok Shop turut menawarkan polisi pemulangan 15 hari untuk produk tertentu sepanjang kempen ini, membolehkan pengguna menikmati pengalaman beli-belah dalam talian dengan lebih tenang.

Kempen 11.11 Mega Sale TikTok Shop kali ini bukan sahaja menawarkan produk berkualiti dengan harga rendah tetapi juga pelbagai keistimewaan dan pengalaman beli-belah yang interaktif dan menyeronokkan.

Jangan lepaskan peluang untuk merebut baucar penghantaran percuma tanpa had, diskaun platform dan penjual, harga terbaik untuk barangan terpilih, hadiah percuma untuk produk tertentu dan rebat RM10 untuk pelanggan Maybank sempena TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown.

Semak harga akhir untuk setiap produk Best Price Guarantee di TikTok Shop.

Untuk maklumat lanjut mengenai TikTok Shop 11.11 Mega Sale yang berlangsung dari 7 hingga 11 November 2024, buka aplikasi TikTok Shop dan klik ‘Shop’.

*Tertakluk Terma dan Syarat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top