Tiga penyampai radio Era FM telah berjumpa pengasas dan Presiden Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia, Datuk N Sivakumar di Batu Caves, di sini.
Ketiga-tiga penyampai radio iaitu Azad Jazmin (Pak Azad), Nabil Ahmad dan Radin meminta maaf secara bersemuka dan menjelaskan ia mereka tidak mempunyai niat berbuat demikian.
Dari pihak kami, permohonan maaf ini bersifat dalaman… Biasalah, bila dah berkumpul macam itu,”kata Nabil kepada Sivakumar.
Bgaaimanapun, Sivakumar menyatakan ia tidak seharusnya dikongsikan di media sosial sehingga menyinggung perasaan penganut agama lain.
“Isunya, bila sesuatu dianggap sebagai perkara dalaman, tetapi jika sudah dimuat naik ke media sosial, ia bukan lagi isu dalaman. Hakikatnya, tindakan tetap perlu diambil, dan kalian tak boleh menyalahkan saya.
“Sekarang, pihak berkuasa dan mereka yang mempunyai kuasa juga perlu bersuara. Mereka yang diberi kuasa harus tampil dan menyatakan pendirian. Kita hidup dalam negara berbilang kaum, tetapi yang penting, tindakan mesti diambil.
“Kita boleh memaafkan, tetapi masih perlu ada tindakan yang memberikan mesej yang jelas.”kata Sivakumar.
Tiga penyampai radio Era FM jumpa Sivakumar
Sivakumar menegaskan bahawa sudah terlambat bagi penyampai radio 3 Pagi Era untuk memohon maaf kerana isu tersebut melibatkan sentimen agama dan kepercayaan masyarakat India.
Menurutnya, permohonan maaf hanya akan diterima sekiranya trio penyampai radio tersebut dikenakan hukuman atas perbuatan yang telah mencetuskan kontroversi di media sosial.
“Lepas dah buat, baru nak minta maaf. Dah terlambat. Apa yang kamu lakukan adalah atas niat sendiri, dan sekarang kamu minta maaf. Tapi hakikatnya, perkara yang telah dilakukan itu memang tidak boleh dimaafkan.
“Apa pun, tindakan tetap perlu diambil, dan kamu semua perlu menerimanya. Jika ditanya secara peribadi, apa sahaja yang telah kalian cetuskan memang salah, itu jelas.
“Isunya, perkara ini memang tak boleh dimaafkan. Tapi kalau mahu meminta maaf, itu terpulang. Cuma perlu diingat, ia sudah melibatkan orang awam,”katanya lagi.
Dah minta maaf kan? Kira selesai lah
Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dilihat tidak puasa hati dan berpendapat isu berkenaan sudah selesai selepas trio penyampai radio itu akui kesilapan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Artikel lain: Akui berdarah India, Pak Azad sedar buat silap -“Salah tetap salah, saya minta maaf”
Instagram will load in the frontend.
Tiga penyampai radio Era FM sebelum ini telah memohon maaf selepas tularnya video yang didakwa mempersenda tarian Kavadi dalam kepercayaan Hindu.
Tarian yang sinonim dengan upacara suci Thaipusam itu dilakukan oleh salah seorang penyampai sambil menyebut ‘Vel Vel’, diikuti dengan gelak tawa.
Video tersebut menimbulkan kemarahan Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah, M. Saravanan, yang menuntut permohonan maaf terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen radio Era FM.
Ketiga-tiga penyampai radio berkenaan telah digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan terhadap isu ini.
Sumber: TikTok teamdskmalaysia