Tiga pekerja kontrak maut, terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar

Tiga pekerja kontrak maut, terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar

Tiga pekerja kontrak meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja pemasangan  panel solar di kawasan bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, pagi hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku jam 11.11 pagi telah mengorbankan seorang warga tempatan berusia 54 tahun, manakala dua lagi adalah warga asing yang berusia 25 dan 34 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Ediansha Endal memberitahu siasatan awal mendapati empat pekerja diberi tanggungjawab untuk memasang panel suria di lokasi terbabit.

Tiga pekerja kontrak maut

Tiga pekerja kontrak maut

Artikel lain: Tahniah! Malaysia cipta sejarah, juara Piala Dunia 2024 FIFAe

“Ketika sedang memasang panel suria, mereka gunakan ‘scaffolding’ pada ketinggian hampir 12 meter, manakala seorang daripadanya berada di bawah.
“Ketika pemasangan, panel suria terbabit dikatakan menyentuh kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd yang dikategorikan sebagai ‘high voltan’ (11000kv),” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa disahkan maut ditempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tiga pekerja kontrak maut

“Mayat mereka dibawa ke Hospital Ranau untuk tindakan lanjut.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Difahamkan juga, mayat mangsa telah dialihkan ke lokasi selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro (Juwan Riduan)

Scroll to Top