Pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak perlu untuk merendahkan usaha seseorang individu yang ingin berubah ke arah lebih baik.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora berkata tidak salah untuk seseorang mencari hidayah Allah, yang salah apabila orang sekeliling yang suka menghukum.
“Tidak salah mereka yang mencari hidayah Allah, tidak kira apa cara sekali pun. Yang salah bagi kita yang senang sangat menghukum,” tulisnya.
Kata Nora lagi, suatu hari nanti mungkin mereka inilah yang akan jadi lebih baik daripada kita serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik sahaja.
“Semua itu aturan-Nya, bila tiba masanya mereka inilah yang akan jadi lebih baik daripada kita. Wallahualam Allah lihat kuanliti bukan kuantiti,” katanya.