Tidak beri muka lagi!

Tidak beri muka lagi!

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan terus mengambil tindakan tegas terhadap sembilan penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di dua lokasi sekitar ibu kota, semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, operasi dilakukan di Jalan Leboh Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin, Petaling berdasarkan pemantauan berkala di sekitar kawasan Petaling.

“Hasil pemantauan dijalankan, sebanyak sembilan tindakan sita diambil terhadap penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan yang disita dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, untuk rekod dan dokumentasi,” kata kenyataan itu di Facebook, hari ini.

Katanya, sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top