Perkongsian terkini usahawan, Bonda Rozita meraih tumpuan ramai yang memuat naik sebuah coretan panjang kepada anak-anaknya ekoran kontroversi melanda dirinya, baru-baru ini.
Hantaran tersebut memaparkan sebuah video pendek anak-anak Bonda dan menantu saling bersalaman ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, tahun lalu.
Namun begitu, ruangan kapsyen Bonda Rozita sarat emosi dan menyentuh hati pengikutnya mengucapkan kata-kata maaf kepada anak-anaknya yang dipercayai berkaitan dengan perkahwinan baharunya bersama abang kepada aktres, Rebecca Nur Al Islam.
“Tidak ada orang yang berkahwin untuk bercerai, tekanan mental dan kesihatan saya semakin teruk. Saya tak nak terjadi takdir buruk tetapi Allah memilih saya untuk diperjalankan dalam takdir ini.
“Dalam masa yang sama saya bertahan, kesian pada anak-anak. Saya sedar diri dah berusia. Saya melaluinya mengikut syariat dan panduan dari guru-guru yang menasihati saya
“Maafkan mummy, maafkan mak wahai anak-anakku. Mummy dah cuba yang terbaik,” katanya.
Sebelum ini, anak Bonda Rozita iaitu Nur Ain Sufiyah, akhirnya mengesahkan bahawa ibunya telah sah mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Menerusi sebuah sesi siaran langsung yang tular di platform TikTok, Ain memaklumkan bahawa pernikahan ibunya dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur Al Islam berlangsung secara sah mengikut hukum Islam.
Terdahulu, timbul spekulasi bahawa Bonda Rozita telah berkahwin dengan abang kepada aktres Rebecca Nur Al Islam selepas satu sesi siaran langsung di Instagram (IG) menunjukkan dirinya bersama seorang lelaki yang sama.
Desas-desus itu semakin kuat diperkatakan apabila Rebecca turut meninggalkan komen di media sosial yang menggelarkan Bonda Rozita sebagai ‘kakak iparku’, seolah-olah mengesahkan spekulasi yang bertebaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sahkan Bonda Rozita Selamat Berkahwin Baru Secara Sah – “Itu Rezeki Mak Saya, Kami Sekeluarga Terbuka Menerima”