Tiada sambutan rasmi genap 2 tahun Anwar pimpin negara

Tiada sambutan rasmi genap 2 tahun Anwar pimpin negara

Kuala Lumpur: Tiada sambutan rasmi diadakan bulan ini sempena genap dua tahun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sebaliknya, beliau berkata Perdana Menteri akan meneruskan agenda kerja dengan lawatan rasmi ke Korea Selatan pada 24 November ini.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkat lawatan kerja itu bertujuan untuk memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan, serta menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan kementerian dan agensi, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Tiada sambutan diadakan kerana Perdana Menteri komited untuk terus bekerja demi rakyat.

“Lawatan ini (ke Korea Selatan) penting bagi memastikan kerjasama strategik antara kedua-dua negara dapat terus diperkukuh,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bulan November di sini, hari ini.

Dalam pada itu mengulas mengenai lawatan kerja rasmi Perdana Menteri ke Peru dan Brazil baru-baru ini, beliau menyifatkannya sebagai lawatan yang sangat signifikan, bermula dengan penyertaan dalam Sidang Kemuncak APEC di San Francisco dan G20.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top