“Tiada Masa Nak Berfoya-Foya, Isteri Saya Cantik & Sempurna”

“Tiada Masa Nak Berfoya-Foya, Isteri Saya Cantik & Sempurna”

Pelakon Shahz Jaszle berkata dia tidak pernah terdetik untuk menduakan isterinya, Nur Hanis Husna biarpun sering bergandingan dengan pelakon jelita.

Memetik HibGlam, Shahz berkata dia bersyukur dikurniakan isteri yang memahami kerjayanya serta menyifatkan Hanis sebagai wanita yang sempurna baginya.

BACA: Shahz Jaszle Simpati Sophia Albarakbah Dilabel Penyondol

Menurut Shahz lagi, di usia 36 tahun tiada masa lagi untuk berfoya-foya dan dia akan terus pulang ke rumah sebaik sahaja selesai penggambaran.

“Apabila berada dalam bidang ini, pasti khalayak terfikir mustahil saya tidak tertarik hati dengan pelakon wanita muda dan cantik. Macam gandingan dalam drama Senyawa iaitu Trisha Ooi dan Siti Hariesa.

“Bagi saya, isteri saya seorang wanita cantik dan cukup sempurna. Malah, saya sangat bersyukur dikurniakan pasangan yang sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon.

“Saya pula jenis yang habis penggambaran terus balik rumah. Tiada masa hendak berfoya-foya. Usia begini sudah tidak sesuai lagi untuk kehidupan begitu. Masa sudah berubah dan kita juga perlu berubah,” katanya.

Sementara itu, Shahz turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang cekap menguruskan kerjaya seninya dan keluarga. Malah, mereka turut bersama-sama menguruskan keluarga kerana tiada pembantu rumah.

“Isteri saya yang menguruskan kerjaya seni saya. Dia menjaga anak-anak malah anak sulung kami iaitu Alana Jasmeen juga aktif dalam bidang lakonan.

“Jadi, jika ada penggambaran dia akan bersama Alana dan anak ketiga kami, Aurora Jane sambil dibantu ahli keluarga lain. Sementara saya pula akan menjaga anak kedua kami, Ayden Jasreen. Kami tiada pembantu rumah, jadi semuanya buat sendiri termasuk urusan hantar dan ambil anak dari sekolah.

“Bagi saya, memiliki seorang isteri yang cantik dan boleh menguruskan rumah tangga serta anak-anak dengan baik itu bonus. Itu satu pakej yang baik dan saya sangat bersyukur,” katanya.

SUMBER: HibGlam

Scroll to Top