![Tiada kompromi terhadap enggan guna 15 mata – ISTAF Tiada kompromi terhadap enggan guna 15 mata – ISTAF](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/12/24/2472559.jpg)
Aksi pemain Thailand, Varayut Jantarasena (tengah) yang dihadang pemain Malaysia, Mohamad Azlan Alias dalam acara final lelaki berpasukan final Sukan Asia 2022 pada September lalu. GAMBAR KECIL: ABDUL HALIM
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menegaskan ahli gabungan yang enggan menggunakan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan domestik dan antarabangsa bakal berdepan tindakan.
Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, badan induk antarabangsa berkenaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan garis panduan baharu itu.
“Mana-mana pihak atau persatuan yang enggan menggunakan perubahan ini akan diberi amaran keras dan jika terus berdegil akan dinasihat. Namun, sekiranya ia berterusan (mereka) akan berdepan tindakan daripada ISTAF.
“Semua pengadil ISTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ASTAF) juga diarahkan agar mematuhi peraturan baharu ini