am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak menemui kilang memproses sisa elektronik (e-waste) haram ketika serbuan di Kawasan Perindustrian Chendering, Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris, berkata, bagaimanapun, Op Hazard akan terus dilakukan bagi membanteras kegiatan memproses sisa elektronik (e-waste) haram di seluruh negeri.
Mengulas lanjut, Razali yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal berkata, sebuah kilang memproses e-waste haram pernah dikesan di kawasan perindustrian di Kemaman, 19 Jun 2023.
“Syarikat berkenaan sudah didakwa di mahkamah pada 26 Februari tahun lalu.
“Hasil pemantauan dilakukan JAS negeri mendapati operasi kilang itu sudah ditutup,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd