Tetap berzapin walau muzik terhenti, penari2 terima pujian -“Terkinja-kinja yang diterima”

Tetap berzapin walau muzik terhenti, penari2 terima pujian -“Terkinja-kinja yang diterima”

Setiap persembahan tarian, perkara paling penting sudah tentu muzik yang mengiringi tarian tersebut. Jadi, jika muzik iringan tiba-tiba sahaja hilang atau terhenti, pastinya ia akan membuatkan para penari sedikit terganggu dengan gerakan seterusnya.

Namun, jika sudah dianggap sebagai profesional, hal tersebut tidak menjadi masalah dan ia akan tetap diteruskan bagi tidak menganggu persembahan yang telah direncanakan.

Hal tersebut samalah seperti yang dihadapi oleh satu kumpulan tarian zapin apabila salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut memuat naik video semasa mereka membuat persembahan dan secara tiba-tiba muzik berhenti sendiri.

@jackrandoms

bapak malu depan VIP but they said we were professional HAHAHAHAH

♬ original sound – 𝐣𝐚𝐜𝐤𝐲𝐫𝐚 retired – 𝐣𝐚𝐜𝐤𝐲𝐫𝐚 retired

Apa yang menarik perhatian adalah mereka tetap meneruskan persembahan walaupun mengakui berasa malu di depan VIP dan para penonton.

Perkongsian mereka telah mendapat perhatian ramai terutamanya pengguna Twitter apabila memuji tahap profesional mereka yang tetap meneruskan persembahan walaupun sedang berhadapan dengan masalah teknikal.

Ramai yang puji merkea

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan mereka yang tetap meneruskan persembahan walaupun sesuatu yang tidak dijangka terjadi.

Persembahan berkenaan juga terlihat kelakar apabila tiba-tiba sahaja mereka membuka mulut membuat humming mengikut rentak muzik asal ketika membuka langkah tarian.

 

Sumber : TikTok @jackyrandoms, Twitter @twt_nadim