Terus berpuasa bagi tahun ke-10, ramai kagum dengan semangat Soo Wincci

Terus berpuasa bagi tahun ke-10, ramai kagum dengan semangat Soo Wincci

Apabila tiba bulan Ramadan, warganet pasti mendengar kisah penyanyi dan pelakon Dr Soo Wincci yang tetap mempraktikkan dan meneruskan amalan berpuasa bagi tahun ke-10.

Menerusi laman Instagram, selebriti berusia 36 tahun itu memuat naik sekeping gambar swafoto sebelum bangun bersahur yang nampak bersemangat walaupun perlu menempuh waktu puasa lebih panjang kira-kira 16 jam di Sepanyol.

“Nanti saya kena banggun awal untuk bersahur. Tahun yang ke-10, here we go. Jom berpuasa,” tulisnya yang menyambung pengajian dan bekerja sambilan di negara tersebut.

Menerusi posting berbeza, bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2008 itu turut berkongsi gambar sewaktu berbuka puasa dengan menu sederhana yang telah disediakan.

“Laparnya. Selamat berbuka semua,” katanya ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-ratanya kagum melihat semangat dan kesungguhan Wincci selain mendoakan agar dia dipermudahkan sepanjang bulan puasa ini.

Terdahulu, menerusi laporan media tempatan, Wincci mengakui puasa menjadikan dirinya lebih berdisiplin serta memperoleh banyak nikmat dari pelbagai segi dalam kehidupan harian.

Sumber: Instagram Soo Wincci

Scroll to Top