Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan memuat naik video berunsur sumbang tiga tahun lepas.
Menurut laporanĀ Harian Metro, Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah arah Aliff Syukri bela diri

Menurut hakim, video yang dimuat naik ketika bulan Ramadan itu tidak sopan dan seharusnya menghormati bulan suci umat Islam.
Makan di khalayak ramai di bulan puasa juga tidak sopan, apatah lagi memuat naik video menari liuk lentuk berpakaian wanita.
Dengan keputusan ini, Aliff Syukri perlu membela diri di mahkamah pada 19 Mei ini.
Tuduhan dan hukuman jika disabitkan

Pada 13 Oktober 2022, Aliff Syukri mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan yang melibatkan kandungan sumbang di akaun Instagram miliknya.
Kesalahan ini didakwa dilakukan pada 13, 15, 17, dan 21 April 2022 dan dikesan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 24 April 2022.
Beliau dituduh di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000, penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.
Jika sabit kesalahan, beliau juga boleh dikenakan denda tambahan RM1,000 untuk setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
#ApaKataOhmedia
Hati-hati dalam berkongsi kandungan di media sosial! Apa yang dianggap hiburan mungkin boleh mengundang masalah di kemudian hari. Hormatilah budaya dan sensitiviti masyarakat demi kebaikan bersama.
