Terkena renjatan elektrik depan rumah, bapa hilang 3 anak gadis serentak

Terkena renjatan elektrik depan rumah, bapa hilang 3 anak gadis serentak

Berita tentang pemergian tiga beradik yang dipercayai terkena renjatan elektik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak pagi tadi sememangnya mengejutkan.

Menerusi laporan dari Berita Harian, mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu kira-kira 11.45 pagi.

Difahamkan, salah seorang daripada mangsa telah memegang tiang rumah sebelum dua orang lagi terkena renjatan memandangkan turut berada di hadapan rumah mereka.

Hal tersebut telah disahkan sendiri oleh salah seorang ahli keluarga mereka dikenali sebagai Mohd Amin Mohd Nazir, 25.

Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial, dapat dilihat bapa ketiga-tiga mangsa lemah melihat anak-anak gadisnya terapung tidak bernyawa disebabkan terkena renjatan elektrik di hadapan rumah mereka.

Dia juga dilihat membetulkan kedudukan anggota tubuh anak-anaknya yang masih bertudung dan menutup aurat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban akibat renjatan elektrik itu.

Mereka juga mendoakan agat ketiga-tiga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan menyedekahkan al-Fatihah kepada semua mangsa.

 

Sumber: Berita Harian (Siti Rohana Idris)

 

 

Scroll to Top