Terkejut anak sulung mula berhijab, Nana Mahazan terus belikan 14 helai tudung

Terkejut anak sulung mula berhijab, Nana Mahazan terus belikan 14 helai tudung

Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan terkejut apabila anak sulungnya Althea Raqeem Brian menyatakan hasrat untuk mengenakan hijab.

Menurut laporan Harian Metro, dia tidak mengambil serius tentang keinginan Althea ebelum ini, tetapi bersyukur anaknya yang berusia 12 tahun itu sudah empat bulan memakai tudung.

“Dia membuat keputusan itu tanpa sebarang paksaan. Pada awalnya dia bertanya kepada saya adakah setiap wanita perlu memakai tudung selepas datang haid.
“Saya pun menjawab pertanyaannya itu dan memberitahu pemakaian tudung ini adalah wajib bagi wanita untuk menutup aurat. Tapi saya maklumkan padanya yang saya pun mula pakai tudung sejak tahun lalu.
“Ketika saya belum bertudung, dia tidak pernah bertanya mengenai perkara ini. Tapi mungkin selepas melihat saya sudah mula bertudung…
“…dan rakan-rakan sekolahnya pun sama membuatkan banyak persoalan bermain dalam fikirannya,” kata pengacara berusia 39 tahun itu.

Nana yang juga seorang usahawan berkata, dia gembira dan teruja dengan tindakan dilakukan puteri kesayangan dan berharap Althea kekal istiqamah.

“Mestilah saya seronok apabila anak nak buat perkara baik. Bayangkan saya beli 14 helai tudung apabila dapat tahu dia nak bertudung.
“Malah saya juga sanggup keluarkan tudung edisi khas sempena nama anak saya kerana dia minat warna-warna yang lebih selamat untuk kegunaan harianya.
“Apapun keputusannya saya nak dia tahu yang saya sentiasa menyokong dan sanggup buat apa saja. Saya juga bersyukur…
“…apabila menerima mesej positif daripada peminat mengenai perubahan anak saya ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Nana berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Althea serta Aaqib yang kini berusia 10 tahun.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri) , Instagram Nana Mahazan

Scroll to Top