Terima Kasih Kepada Isteri, Sekarang Ini Dia Sedang Jaga Ibu Di Kedah

Terima Kasih Kepada Isteri, Sekarang Ini Dia Sedang Jaga Ibu Di Kedah

Rabu lalu, pelakon Fikry Ibrahim mengejutkan ramai apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati Khalizah Alihan.

Menerusi Melodi, Fikry berkata dia tiada niat merahsiakan perkahwinannya daripada pengetahuan umum, sebaliknya enggan menghebahkan perkara belum pasti.

BACA: Muka Pengantin Paling Tak Ceria, Netizen Dakwa Fikry Ibrahim Terpaksa Kahwin

“Bukan mahu merahsiakan perkahwinan tapi saya percaya jika belum pasti jangan kongsi,” katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan dia terpaksa berkahwin susulan riak wajahnya yang tidak ceria, Fikry menafikan dia tidak bahagia  sebaliknya berfikir mengenai tanggungjawab yang akan dipikul sebagai suami dan anak kelak.

“Apabila ada kata muka saya macam tak rela, kena paksa kahwin..itu salah!

“Mungkin ketika itu saya sedang berfikir macam mana nak jadi seorang suami dan anak bertanggungjawab dan kena adil,” katanya.

Dalam pada itu, Fikry berkata dia terhutang budi dengan isterinya yang sudi menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada isteri kerana sekarang ini dia sedang menjaga ibu di Kedah,” katanya.

SUMBER: Melodi, mStar Online


Scroll to Top