Tergempar! Polis Sahkan Berlaku Kejadian Tembakan Di Setia City Mall | Oh! Media

Tergempar! Polis Sahkan Berlaku Kejadian Tembakan Di Setia City Mall | Oh! Media

Penduduk sekitar Setia Alam, Shah Alam dikejutkan dengan kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall yang kini dalam siasatan pihak polis.

Insiden yang tular di media sosial, khususnya di laman Facebook Setia Alam Residents, dikatakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa pasukan polis telah tiba di lokasi untuk menyiasat insiden tersebut.

Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes.- Katanya ketika dihubungi malam ini.

Setia City Mall dikawal ketat, orang awam diarah keluarā€¦

Susulan kejadian, polis segera mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Pihak keselamatan juga dilihat mengarahkan pengunjung pusat beli-belah untuk keluar dari premis bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai sama ada terdapat kecederaan atau mangsa dalam insiden ini.

Video kejadian di Setia City Mall tersebar di TikTokā€¦

Sejak berita mengenai kejadian tembakan ini tersebar, netizen mula membuat spekulasi mengenai punca sebenar insiden tersebut. Ramai yang percaya bahawa ia mungkin berkaitan dengan cubaan rompakan di kedai emas, namun pihak polis masih belum mengesahkan sebarang butiran lanjut.

Penduduk sekitar Setia Alam turut berkongsi kebimbangan mereka, dengan ramai yang berharap agar situasi ini dapat dikendalikan dengan baik oleh pihak berkuasa.

#ApaKataOhmedia

Keselamatan adalah perkara utama yang perlu kita utamakan, terutamanya dalam situasi kecemasan seperti ini.

Kalau korang berada di kawasan kejadian jenayah, pastikan anda tidak panik, segera mencari tempat perlindungan yang selamat dan elakkan daripada merakam video yang boleh membahayakan diri sendiri.


Scroll to Top