Tentera Israel bakar rumah di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata

Tentera Israel bakar rumah di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata
Tentera Israel bakar rumah di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata

Tentera Israel juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab, menurut laporan penyiar itu. Foto Reuters

BEIRUT – Tentera Israel membakar beberapa rumah dan sebuah ladang di selatan Lubnan pada Rabu, dalam insiden terbaru pelanggaran perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita Lubnan, beberapa rumah dibakar oleh tentera Israel di bandar Al-Aadaissah.

Tentera Israel juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab, menurut laporan penyiar itu.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Gencatan senjata yang rapuh dilaksanakan sejak 27 November, mengakhiri berbulan-bulan tembakan bersama antara Israel dan Hizbullah yang meningkat menjadi konflik berskala penuh pada September lalu.

Walaupun gencatan senjata termeterai, Israel melakukan hampir 900 pelanggaran, membunuh dan mencederakan puluhan orang di Lubnan termasuk wanita dan kanak-kanak.

Di bawah perjanjian gencatan senjata, Israel sepatutnya menyelesaikan pengundurannya dari selatan Lubnan menjelang 26 Januari tetapi tarikh akhir dilanjutkan hingga 18 Februari selepas Israel enggan mematuhi perjanjian. – Bernama

Scroll to Top