Tengku Mahkota Kelantan rasmi sambutan 100 tahun Jambatan Kereta Api Guiillemard

Tengku Mahkota Kelantan rasmi sambutan 100 tahun Jambatan Kereta Api Guiillemard

Tanah Merah: Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan 100 Tahun Jambatan Kereta Api Guillemard Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 di sini malam ini.

Keberangkatan tiba baginda pada 9.55 malam didahului Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Tengku Muhammad Fakhry disambut oleh Menteri Besar Datuk Mohd Nasuruddin Daud dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Gimik perasmian majlis itu dimulakan dengan pencahayaan tugu rangka Jambatan Guillemard manakala kereta api dari Tumpat ke Kuala Lumpur yang melalui kawasan tersebut diiringi percikan bunga api lebih 15 minit.

Jambatan Guillemard, juga dikenali sebagai Jambatan Kusial, mula dibina pada 1920 oleh Metro Carriage Wagon & Finance Company Limited, Wednesbury Works England dan siap pada 1924.

Perasmian jambatan sepanjang 609.6 meter itu disempurnakan oleh Sultan Ismail Petra pada tahun 1925 dan perkataan ‘Guillemard’ diambil sempena nama Gabenor British iaitu Sir Laurence Guillemard.

Tujuan utama jambatan itu dibina ialah untuk menyediakan laluan kepada kereta api dan kenderaan lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top