Tembakan dilepaskan pada kempen pilihan raya Trump, suspek disahkan mati

Tembakan dilepaskan pada kempen pilihan raya Trump, suspek disahkan mati
BUTLER, Amerika Syarikat (AS) – Donald Trump bergegas meninggalkan pentas yang dilumuri darah selepas beberapa tembakan dilepaskan pada perhimpuan kempen pilihan raya di Pennsylvania.

Ketika tembakan berhenti, Trump menyeringai sambil berpeluk tubuh dan meletakkan tangan di telinga kanan, di mana darah boleh kelihatan di pipi dan mulut beliau.

Para ejen keselamatan meluru ke podium mengelilingi calon parti Republican itu dan mengiringi beliau meninggalkan pentas, ketika Trump mengenggam tangan ke hadapan hidirin.
Insiden yang mengejutkan itu akan meningkatkan kegelisahan dalam negara yang telah berada di ambang pergolakan dan  gangguan politik pada persaingan antara Trump dan Presiden Biden.

“Bekas Presiden selamat,” kata Perkhidmatan Periskan dalam platform X.

Pegawai kempen pilihan raya berkata, keliau ‘sihat’ dan sedang diperiksa di kemudahan kesihatan.

“Presiden Trump berterima kasih kepada pegawai penguatkuasa  dan mereka yang mula-mula bertindak balas semasa tindakan  yang mengerikan itu.

“Beliau sihat dan sedang diperiksa di kemudahan kesihatan. Maklumat lanjut akan maklumkan,” kata jurucakap Steven Cheung dalam kenyataan.

Suspek yang melepaskan tembakan disahkan mati, selain seorang hadirin meninggal dunia, lapor media Amerika Syarikat (AS).

“Peguam Daerah Butler, Richard Goldinger berkata dua individu terbunuh, termasuk individu yang disyaki penembak,” lapor Washington Post.

Seorang hadirin pada perhimpuhan itu mungkin terkena tembakan.

Kejadian tembakan itu berlaku sebaik sahaja Trump menaiki pentas pada perhimpunan kempen pilihan raya terakhir sebelum Konvensyen Nasional Republican diadakan di Milwaukee pada minggu depan.

Perhimpunan di Butler, Pennsylvania bertukar menjadi huru hara ketika tembakan dilepaskan dengan jeritan dan pekikan kedengaran.

“Saya telah bersedia,” kedengaran Trump berkata di mikrofon ketika ejen keselamatan membantunya bangun.

Sekumpulan ejen keselamatan mengelilingi taikun berusia 78 tahun itu menuju ke kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika beliau menggenggam dan mengangkat tangan di hadapan hadirin.

“Ini adalah tempat jenayah yang aktif,” kata para pegawai Perkhidmatan Perisikan kepada para wartawan, mengarahkan mereka menjauhi kawasan terbabit.

“Kami melihat ramai yang merebahkan diri, kelihatan keliru. Saya dengar tembakan,” kata John Yeykal dari Franklin, Pennsylvania yang menghadiri perhimpunan pilihan raya Trump buat pertama kali.

Biden telah menerima taklimat awal oleh Ketua Perkhidmatan Perisikan dan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, kata White House. – AFP