Telefon pintar paling tahan lasak, HONOR X9b 5G lepasi ujian ekstrem

Telefon pintar paling tahan lasak, HONOR X9b 5G lepasi ujian ekstrem

JENAMA telefon pintar, HONOR mencuri perhatian ramai apabila peranti terbaharunya, HONOR X9b 5G disahkan sebagai antara telefon paling lasak di pasaran.

Peranti ini berjaya melalui pelbagai ujian ekstrem seperti dijatuhkan dari pelbagai sudut, digolek ke bawah tangga, dihempap, malah dilanggar kereta.

Apa yang mengejutkan, kedua-dua skrin dan panel belakang telefon pintar ini kekal dalam keadaan yang baik.

Dilengkapi teknologi Tahan Lasak Semua Sudut, HONOR X9b 5G mempunyai struktur yang kukuh dan menjadi telefon pertama di dunia mendapat pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut yang dianugerahkan oleh SGS Switzerland.

Ini sekali gus menyelesaikan masalah kos membaiki telefon yang boleh menelan belanja yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li, berkata syarikat tetap menekankan kepentingan menjaga telefon pintar dengan baik walaupun ia tahan lasak.

“Kami ingin menasihati orang ramai untuk berhati-hati dan mengelakkan peranti jatuh kerana telefon pintar adalah produk elektronik yang berisiko untuk rosak jika terjatuh.

Telefon pintar paling tahan lasak, HONOR X9b 5G lepasi ujian ekstrem

Dalam pada itu, Li turut menyatakan pelanggan HONOR X9b 5G bakal menerima faedah daripada dasar Penggantian Retak Hadapan & Belakang 365 Hari.

Dasar ini memberi jaminan sekiranya skrin atau panel belakang pecah dalam tempoh setahun, ia boleh digantikan tanpa sebarang kos seterusnya memberikan ketenangan buat pengguna.

Tahan jatuh hingga 1.5 meter

HONOR X9b 5G dilengkapi teknologi Ultra-Bounce yang mana ia melibatkan struktur tiga lapisan untuk menguatkan skrin, perlindungan penyerap sekeliling skrin dan perlindungan penyegelan dalam badan peranti.

Peranti ini mempunyai bahan penyerap modulus rendah unik dengan celah-celah berukuran mikron yang mampu menyerap hingga 1.2 kali ganda impak terjatuh.

HONOR X9b 5G mampu menahan kejatuhan sehingga ketinggian 1.5 meter dan mempunyai kekuatan skrin tiga kali lebih kuat, menawarkan ketahanan yang lebih baik.

Dengan reka bentuk yang kukuh, peranti ini bukan sahaja mengurangkan kesulitan disebabkan pembaikan telefon dan migrasi data malah membolehkan pengguna menikmati telefon pintar mereka tanpa kebimbangan berterusan.

Selain ketahanannya, HONOR X9b 5G turut hadir dengan bateri berkapasiti besar 5800mAh, terbesar dalam segmennya.

Ia mampu bertahan sehingga tiga hari serta menawarkan sehingga 19 jam pemutaran video, 12 jam bermain permainan, atau 22 jam meneroka media sosial dengan sekali pengecasan.

Hadir dengan 20GB RAM dan 256GB penyimpanan, telefon pintar ini bakal memberi pengguna prestasi yang lancar dan ruang yang mencukupi untuk gambar dan video.

Peranti ini dilengkapi skrin beresolusi 1.5k dengan kecerahan puncak 1,200nit bagi pengalaman tontonan yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang selain turut mempunyai Paparan Malam Circadian dan Sijil Cahaya Biru Rendah Peringkat Peranti TÜV Rheinland.

Lebih istimewa, HONOR X9b 5G dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 6 Gen 1 4nm dengan pemprosesan AI yang lebih pantas.

Pengguna juga boleh merakam detik indah menerusi HONOR X9b 5G yang dilengkapi kamera Ultra Jelas 108MP dengan sensor 1/1.67 inci dan aperture f/1.75, memastikan kualiti foto yang sangat baik walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Bukan itu saja, HONOR X9b 5G juga menampilkan reka bentuk Vegan Leather Sunrise Orange, memberikan sentuhan premium dan tahan kesan cap jari.

Pra tempah telefon paling tahan lasak sekarang

Bagi meraikan pelancaran rasmi HONOR X9b 5G di Malaysia, HONOR Malaysia menawarkan tawaran eksklusif dengan harga istimewa buat orang ramai sepanjang tempoh pra tempahan.

Orang ramai boleh menempah HONOR X9b 5G mulai 1 sehingga 9 November pada harga RM1,499 dan merebut peluang untuk menjadi antara yang pertama memiliki telefon pintar hebat ini.

Pembeli terawal juga bakal membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM978 merangkumi HONOR CHOICE Earbuds X5, HONOR CHOICE MOECEN Band dan jaminan penggantian skrin hadapan dan panel belakang peranti selama 365 hari.

Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top