Telan subang berlian RM3.1 juta

Telan subang berlian RM3.1 juta

Washington: Demi menyelamatkan diri, suspek kes rompakan di Florida, Amerika Syarikat (AS) menelan bahan bukti iaitu barang kemas bernilai lebih AS$ 700,000 (kira-kira RM3.1 juta) beberapa jam sebelum ditangkap.

Portal nbc news melaporkan, Jaythan Gilder, 32, dibawa ke bilik tetamu kenamaan (VIP) di Tiffany & Co. di Mall di Millenia, pada 26 Februari lalu selepas mendakwa dia adalah wakil pemain bola keranjang Orlando Magic.

Dia ditunjukkan beberapa barang kemas mewah, kata Detektif Polis Orlando Aaron Goss yang menulisnya dalam waran tangkap.

Gilder ditunjukkan dua pasang subang berlian masing 4.86 karat bernilai AS $160,000 (kira-kira RM707,120) dan 8.19 karat bernilai AS $609,000 (kira-kira RM2.7 juta) serta cincin berlian 5.61 karat bernilai AS $ 587,000 (kira-kira RM 26 juta)

Menurut Goss, sebelum berjaya mencuri barang kemas berkenaan, Gilder sempat bergelut dengan kakitangan ketika melarikan diri menyebabkan cincin terjatuh.

Kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli belah merakam imej Gilder melarikan diri dengan Mitsubishi Outlander biru ke Enterprise Rent-A-Car di Houston, kata afidavit itu.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan tidak lama kemudian dan ketika itulah Gilder menelan beberapa barang,” kata afidavit itu.

Imbasan badan yang dilakukan terhadap suspek di Penjara Washington County menemui benda asing dalam perutnya, tulis Goss.

“Objek asing itu disyaki subang Tiffany & Co. yang dirompak dan ia perlu dikumpul… selepas ‘dikeluarkan’ dari sistem (badan) Gilder,” kata afidavit itu.

Di penjara, Gilder secara spontan bertanya kepada kakitangan ‘adakah saya akan didakwa dengan apa yang ada dalam perut saya?'” tulis Goss.

Jurucakap polis Orlando enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada subang yang dicuri sudah ditemui.

Menurut polis, pakaian yang dipakai Gilder ketika rompakan ditemui dalam SUV itu.

Menurut rekod, Gilder pernah melakukan rompakan sama di Tiffany & Co. pada 2022 di The Woodlands, Texas dan memiliki l48 waran berasingan daripada Colorado,” kata polis dalam satu kenyataan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top