Tekaan netizen meleset! Emma Maembong umum bakal dapat ‘baby boy’ lagi

Tekaan netizen meleset! Emma Maembong umum bakal dapat ‘baby boy’ lagi

Umum sedia maklum, pelakon jelita Emma Maembong kini sedang hamil anak kedua seperti mana dimaklumkan menerusi laman Instagram pada Februari lalu.

Sepanjang berita kehamilannya, ramai warganet tertumpu dengan perubahan bentuk perutnya yang kian memboyot meskipun baru sahaja memaklumkan khabar gembira.

Malah, netizen juga meluahkan rasa teruja selain sebulat suara mengatakan Emma kini sedang hamil anak perempuan berdasarkan perkongsian beberapa foto ‘maternity shoot’ di media sosial.

Terbaharu, perkongsian seorang pengguna TikTok hadir memeriahkan majlis gender reveal menarik perhatian ramai sebaik sahaja mendapat tahu jantina sebenar bayi dalam kandungan aktres berdarah kacukan Melayu-Scotland.

@nick_ariff07

Tahniah akak 💙 @emma maembong

♬ Rude Boy – Sassydee

Menerusi video tular, akhirnya Emma dan pasangannya, Shazli mengumumkan mereka bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas anak sulung, Shariq Arshan Gabriel.

Kemeriahan majlis berkenaan disambut dengan kehadiran sahabat dan kenalan terdekat yang turut tumpang gembira dengan khabar baik diumumkan oleh pasangan merpati dua sejoli itu.

Rata-rata netizen turut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan oleh Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail.

Selain itu, ada juga netizen mengatakan anak sulung Emma iaitu Shariq Arshan Gabriel atau mesra disapa Arshan mempunyai teman untuk ‘gigit’ ibu saudara mereka, ChaCha Maembong.

@jimbo_555

Kenal tak siapa ni🤣. #fypシ #raya2022

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Sementara itu, ada juga warganet seakan tidak percaya dan puas hati apabila mengetahui jantina bayi dalam kandungan Emma itu adalah lelaki dan bukannya perempuan seperti yang disangka mereka.

Sumber: TikTok @nick_ariff07,@jimbo_555, @emma_maembongofficial,

Scroll to Top