SEBANYAK 5,769 serangan dan pencerobohan tentera Yahudi dilakukan sepanjang bulan Januari 2025 di Tebing Barat.
Pusat Maklumat Palestin al-Mu’ti mendedahkan, serangan dan pencerobohan ini membabitkan operasi membunuh, menangkap, meroboh kediaman dan memusnahkan pelbagai milikan penduduk Palestin.
Seramai 62 orang dibunuh di Baitul Maqdis dan daerah-daerah lain di Tebing Barat. 36 daripadanya dibunuh sejak operasi Jenin 21 Januari lalu.
Dari 281 operasi serangan dengan senjata api, 21 orang cedera termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua.
Operasi besar-besaran di Jenin bermula pada 21 Januari membabitkan kawasan bandar dan mukhayyamnya.
100 buah rumah dirobohkan. Bekalan letrik, air dan makanan diputuskan menyebabkan penduduk hidup dalam keadaan yang sangat tertekan.
Sehingga kini 3,200 warga Palestin di Jenin telah dihalau meningkatkan jumlah pelarian di sana seramai 20,000 orang.
Pada 27 Januari oerasi diperluas ke daerah-daerah utara hingga ke Tulkaram. 4 orang syahid di Tulkaram.
Di Baitul Maqdis seramai 86 orang Islam ditangkap. Manakala jumlah pendatang Yahudi yang menceroboh Masjid al-Aqsa mencapai angka 6,161 orang sepanjang Januari ini.
Sehingga kini tentera Israel telah melakukan 1,489 pencerobohan di seluruh Tebing Barat membabitkan 820 penangkapan, 258 operasi meroboh rumah kediaman. 56 daripadanya dihancurkan sama sekali.
Sebanyak 245 pencerobohan dilakukan oleh pendatang Yahudi di kawasan orang Islam. 21 daripadanya adalah kegiatan menceroboh rumah ibadat sama ada dengan membakar, mengotorkan dan mencontengnya.
664 jalan ke perkampungan orang Islam ditutup. Manakala 694 sekatan jalan dibuat secara kekal dan sementara untu menyukarkan pergerakan warga tempatan.
Rejim Zionis Israel didapati sedang rancak membina penempatan untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat. 24 projek perumahan sedang disiapkan sama ada dalam proses meratakan tanah, membina jalan dan juga membina rumah-rumah kediaman.
USTAZ ARIS HAZLAN ISMAIL
Maran, Pahang, Malaysia – HARAKAHDAILY 7/2/2025
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.