Seorang guru wanita yang dikenali sebagai ‘Teacher Sya’ sebelum ini viral kerana didakwa mentertawakan seorang ibu yang cemas ketika anaknya hilang di sekolah.
Kini, guru terbabit menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang dengan mengeluarkan notis tuntutan terhadap ibu berkenaan!
Teacher Sha tuntut RM500,000, dakwa reputasi tercalar…

Menerusi hantaran di Facebook, ‘Teacher Sya’ menjelaskan bahawa dia telah memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM500,000 terhadap ibu terbabit. Ini susulan dakwaan bahawa dirinya telah ‘boo’ ibu murid itu ketika sedang mencari anaknya.
Dia mendakwa, fitnah yang disebarkan telah menjejaskan reputasi sebagai warga pendidik serta memberi kesan kepada kehidupan peribadinya. Notis tuntutan tersebut turut menggesa ibu berkenaan untuk menghentikan segala bentuk gangguan dan penyebaran kenyataan fitnah.
“Saya bukan kejam tapi maruah saya dipijak!” Teacher Sha.

Menurut ‘Teacher Sya’, dia sebenarnya tidak mahu memperbesarkan isu ini dan boleh menyelesaikannya dengan baik. Namun, dia berasa maruahnya sebagai guru telah dipermainkan.
Sebenarnya benda ini sangat kecil bagi saya dan boleh diselesaikan dengan cara baik. Saya bukannya seorang yang kejam.
Tetapi apabila maruah saya sebagai guru dipijak-pijak seperti tiada harga, muka saya ditularkan seperti saya tiada ibu bapa di kampung untuk melihat.
Tambahnya lagi, tindakan mengeluarkan notis tuntutan (LOD) ini adalah jalan terakhir dan dia berharap agar insiden ini menjadi pengajaran kepada netizen.
Jangan mudah sangat untuk menyalah tanpa usul periksa. Terlajak perahu boleh berundur tapi terlajak kata, LOD sampai. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Dua lagi LOD akan sampai pada awak.

#ApaKataOhmedia
Dalam dunia digital hari ini, mudah untuk sesuatu isu menjadi viral. Tapi sebelum menuduh atau menyebarkan sesuatu, pastikan kita ada fakta yang betul. Tindakan terburu-buru boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Ingat, setiap kata yang kita tulis di media sosial ada kesannya.
