Tarikh Penting! Keputusan SPM 2024 Akan Diumumkan Pada 24 April Ini! | Oh! Media

Tarikh Penting! Keputusan SPM 2024 Akan Diumumkan Pada 24 April Ini! | Oh! Media

Berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba! Keputusan peperiksaan SPM 2024 akan diumumkan pada 24 April ini, menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut laporan Kosmo, seramai 402,956 calon telah menduduki SPM tahun lepas di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

Cara semakan keputusan SPM 2024

Untuk calon sekolah, keputusan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Calon persendirian pula akan menerima keputusan melalui pos, atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat secara dalam talian dan SMS:

Perkhidmatan semakan hanya dibuka dari 10 pagi, 24 April hingga 6 petang, 30 April.

KPM ucap tahniah dan semangat baru untuk masa depan

Dalam kenyataan itu, KPM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon, sambil berharap kejayaan ini akan jadi pemangkin untuk masa depan yang lebih cemerlang.

Pssttt! Ingat ya, keputusan bukan penamat segalanya! Teruskan usaha walau apa pun keputusan anda. Yang penting, jangan putus semangat dan terus melangkah ke depan!

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top