Tarif Trump: China kurangkan import filem AS

Tarif Trump: China kurangkan import filem AS
Tarif Trump: China kurangkan import filem AS

China umum rancangan untuk mengurangkan secara sederhana jumlah filem Amerika Syarikat (AS) yang diimport. Foto Reuters

BEIJING – China pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan secara sederhana jumlah filem Amerika Syarikat (AS) yang diimport, lapor Xinhua.

Jurucakap Pentadbiran Filem China berkata penyesuaian itu dibuat berdasarkan prinsip pasaran dan mencerminkan cita rasa penonton, memandangkan kenaikan tarif terbaharu AS terhadap import dari China dijangka memberi kesan terhadap minat penonton China terhadap filem AS.

Sebagai pasaran filem kedua terbesar di dunia, China sentiasa mengamalkan dasar keterbukaan yang tinggi dan akan memperkenalkan lebih banyak filem berkualiti dari negara lain bagi memenuhi permintaan pasaran, kata jurucakap itu. – Bernama

Scroll to Top