Tanam sayur sendiri boleh kurangkan bebanan sara hidup – CAP

Tanam sayur sendiri boleh kurangkan bebanan sara hidup – CAP

GEORGE TOWN – Bagi mengurangkan bebanan kenaikan harga sayur, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggalakkan orang ramai menanam sendiri sayur-sayuran.

Pegawai Pendidikan CAP dan jurulatih tanaman bandar, NV. Subbarow berkata, amalan menanam sayur-sayuran di halaman rumah adalah satu-satunya langkah yang boleh dilakukan bagi berjimat kerana aliran harga harga tidak akan menurun dalam masa terdekat selain bergantung kepada cuaca.

Kata beliau, amalan itu sekali gua dapat menjimatkan serta mengurangkan kos sara hidup sesebuah keluarga.

“Orang ramai khususnya suri rumah boleh berjimat sehingga RM100 sebulan jika menjadikan penanaman sayur sebagai amalan.

“Malah amalan menanam sayur-sayuran kegemaran di rumah ini tidak memerlukan ruang yang besar.

“Antara sayur-sayuran itu ialah sawi, kangkung, bayam, kailan, pudina, pegaga, kesum, sader air dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Subbarow, orang yang tinggal di bangunan tinggi juga boleh melakukan perkara sama selagi tumbuhan terdedah kepada cahaya matahari.

“CAP juga menawarkan latihan kepada orang ramai yang berminat bagi memperoleh kemahiran dalam penanaman sayur-sayuran.

“Mereka boleh menghubungi CAP di talian 012 537 4899 bagi mendaftar,” katanya. – MalaysiaGazette