Tanah runtuh, enam dikhuatiri tertimbus

Tanah runtuh, enam dikhuatiri tertimbus

mdroji@bh.com.my

Kuching: Enam penghuni dua rumah di Kampung Lereng Bukit di Miri dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, awal pagi ini.

Mangsa dipercayai dua wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lelaki dewasa, selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.58 pagi,

Beliau berkata, 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dan BBP Lopeng diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi yang terletak tiga kilometer dari balai pada 3.03 pagi, polis melaporkan kemungkinan terdapat enam mangsa yang tertimbus.

“Setakat 3.48 pagi, usaha untuk mengeluarkan yang tertimbus masih giat dijalankan,” katanya.

Semalam, seramai 273 penduduk yang mendiami 32 rumah di Kampung Lereng Bukit diarah berpindah apabila runtuhan tebing Bukit Kanada, menjejaskan kediaman mereka.

Kejadian itu berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Perkembangan terkini kejadian itu akan dikemas kini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top