Tamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi Forensik – Hijabista

Tamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi Forensik – Hijabista

Aktor kacak kelahiran Singapura, Dato’ Aaron Aziz meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Dwi Ariana berjaya menamatkan pengajian A-Level selama dua tahun di Kolej Tunku Ja’afar (KTJ) Negeri Sembilan baru-baru ini. Demi mengejar cita-cita untuk bergelar Pakar Psikologi Forensik, Dwi Ariana sering mempamerkan keputusan cemerlang dalam peperiksaannya.

Tamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi ForensikTamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi Forensik
Kredit Foto: dwiarianaaaron

Untuk rekod, sebelum ini Dwi Ariana pernah mempamerkan keputusan peperiksaannya di dalam program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

IGCSE adalah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa yang berasaskan STEM iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education.

Menerusi satu hantaran video pendek di Instagramnya baru-baru ini sambil menzahirkan kesyukuran di ruangan kapsyen, Dato’ Aaron Aziz turut berkongsi detik manis ketika Dwi Ariana menaiki pentas untuk menerima skrol.

“TabarakAllah Alhamdulillah. Another proud and emotional moment for me after My son. Soon they both will embark on their journey and carve their future,” tulis aktor berusia 48 tahun ini.

Tahun lalu, anak sulungnya Danish Anaqi berjaya menamatkan pengajian pra diploma setelah tiga tahun menuntut ilmu di sebuh kolej di Jepun.

Tamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi ForensikTamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi Forensik
Kredit Foto: aarondwiaziz

Dwi Ariana yang berhasrat menyambung pengajiannya dalam bidang Psikologi Forensik di Universiti Surrey, England tampil manis berkebaya hitam yang dipadankan dengan pario biru.

Penampilannya bertambah manis apabila mengenakan hijab rona maroon. Ternyata, kecantikan Dwi Ariana yang kini berusia 18 tahun saling tak tumpah seperti ibunya, Datin Diyana Halik.

Tamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi ForensikTamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi Forensik
Kredit Foto: aarondwiaziz

Dato’ Aaron Aziz turut menitipkan doa buat Dwi Ariana yang digelar ‘Kakak’ dalam keluarga agar sentiasa di dalam lindungan Yang Maha Esa sepanjang dalam ‘perjalanannya’ untuk bergelar Pakar Psikologi Forensik.

“May Allah keep you safe from all harm seen and unseen in your path to being a Forensic Psychologist.”

Tamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi ForensikTamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi Forensik
Kredit Foto: dwiarianaaaron

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian Dato’ Aaron Aziz itu meraih pujian dan ucapan tahniah daripada para pengikutnya.

“Beauty with brain! Congratulations to both parents too”

“Masya’allah, heartiest congratulations to both daughter and parents! May Allah bless all your hard work and achievements”

“Congratulations @dwiarianaaaron … semoga berjaya di menara gading. Tengok you all dari kecik sampai besar. Happy tengok korang made your parents proud. Saya pun rasa bangga & sebak.”

Menjengah ke Instagram peribadi Dwi Ariana pula, dia turut berkongsi koleksi foto bersama keluarga. Terserlah hubungan kekeluargaan mereka yang sangat akrab, Masha-Allah.

Mungkin juga, itulah momen paling berharga buat Dwi Ariana yang berjaya membalas pengorbanan ibu dan bapanya yang selama ini sentiasa berusaha mendapatkan pendidikan terbaik buat dirinya dan adik beradik.

Tamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi ForensikTamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi Forensik
Kredit Foto: dwiarianaaaron

BACA JUGA: “Tak Soal Rezeki Yang ‘Tiada’, Ingin Tegur Cara Hormati Orang Lain…” – Isteri Aaron Aziz Bersuara Pertahankan Suami Dari ‘Body Shaming’ Secara Terbuka

Sementara itu sebagai seorang bapa yang penyayang dan prihatin, Dato’ Aaron Aziz menitipkan pesanan bermakna buat Dwi Ariana agar menjaga solat, maruah serta adab dan budaya.

Tamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi ForensikTamat A-Level, Anak Perempuan DATO’ AARON AZIZ Berhasrat Sambung Belajar Di UK Dalam Bidang Psikologi Forensik
Kredit Foto: dwiarianaaaron

“Jaga solat, jaga diri, jaga maruah, jaga adab dan budaya Kak and dont stop believing Kak love you always.”

Untuk info, Dato’ Aaron Aziz mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada 2003. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 19, Dwi Ariana, 18, dan Dahlia Arissa, 14.

Hijabista mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Dwi Ariana. Semoga segala impian tercapai dan terus berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Semoga menjadi seorang Muslimah yang sentiasa memberi inspirasi.