Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menerima banyak kecaman di kalangan warganet selepas menjual produk ‘cookies’ dengan harga yang dikatakan terlampau mahal.
Malah, mereka turut menyifatkan harga yang dijual oleh Shuhada bagi biskut jualannya ‘Satu Tak Cukup Shelup Shelup’ khusus untuk golongan T20.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter turut meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Shuhada dengan mengatakan wanita itu terlampau menggunakan ‘dugaan rumah tangga; dalam dunia perniagaan bagi mengaut keuntungan.
Menerusi ciapan tular, individu berkenaan menasihati ibu kepada dua cahaya mata tidak terlalu mengejar wang ringgit dengan menggunakan situasi yang sedang dihadapi kini.
“Shuhada tak sepatutnya tamak haloba.
“Shuhada sepatutnya lebih bijak.
“Shuhada sepatutnya lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling,”ciapnya.
Founder Bulan Bintang yang belanja RM2 juta buat event ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di Menara KL pun tak pernah sesekali kata baju Melayu dia untuk B40, M40 apatah lagi T20.
Tahulah kamu die-hard fans Shuhada tapi tolonglah jangan jadi bodoh kata biskut RM179 dia tu untuk T20. pic.twitter.com/QrHOdlWtcg
— HELENA (@LVGIF) March 19, 2023
Katanya lagi, Shuhada sepatutnya mencontohi tindakan bijak yang dilakukan oleh balu Allahyarham Abam Bocey, Hidayah memandangkan kedua-dua mereka ditinggalkan dengan anak yang perlu dibesarkan.
“Perjalanan hidup Shuhada Hafidz sama dengan Hidayah Abam – ditinggalkan dengan anak yang perlu dibesarkan. Tapi Hidayah sangat diam-diam ubi,”ujarnya lagi.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut membandingkan Shuhada dengan Hidayah di mana tidak pernah kelihatan di mana-mana majlis anjuran selebriti.
Sekiranya ada cerita mengenainya, cumalah ‘berita’ mengenainya dan juga Ali Puteh mengenai harta pusaka milik arwah Abam Bocey di media sosial tanpa menjaja kisah peribadi.
Tak pernahlah kita nampak Hidayah menempel pergi majlis-majlis selebriti. Kalau nama dia jadi trending pun sebab keluar cerita tak baik dari mulut Ali Puteh. Selain daripada itu, tak banyak diketahui tentang hidup dia bersama anak.
Tahu-tahu dah mampu beli Vellfire.
— HELENA (@LVGIF) March 19, 2023
Dalam pada itu, netizen tersebut juga menasihati Shuhada untuk sentiasa di sisi keluarga dan rakan terdekat.
At her most vulnerable moments now, Shuhada should surround herself with family members or friends who love her unconditionally. Bukannya founder produk yang menunggang kisah perceraian dia untuk dijadikan pelaris jualan.
Itu yang sampai jual biskut RM179.
That’s not the way.— HELENA (@LVGIF) March 19, 2023
Sebelum ini, Shudah tampil menjelaskan bahawa sekotak biskut jualannya mempunyai enam jenis dan bukannya enam ketul sepertimana diperkatakan ramai.
Bahkan, dia juga menggunakan sos pencicah yang ekslusif, berkualiti dan bukannya ‘sos cap ayam’.
Sumber: Twitter @LVGIF