Tak dimamah usia betul Sari Yanti ni. Tetap kelihatan lembut dan manis walaupun kini bergelar ibu kepada lima orang anak. Tak macam usia 40 tahun pun! Rezeki Sari Yanti, isteri kesayangan kepada pelawak terkenal Jep Sepahtu.
Baru-baru ini pelakon yang pernah popular dalam sitkom Kisah Kaisara ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40.
Sari memuat naik satu hantaran di platfotrm Instagramnya di mana dia meraikan momen ulang tahun kelahiran bersama beberapa rakan baiknya.
Sambutan itu diraikan dalam suasana santai dan sederhana di sebuah restoran. Bertemakan warna pink dan hitam, Sari bersama rakan-rakan baiknya itu kelihatan sangat anggun!
“Alhamdulillah.. Kawan kawan belikan cake. Tapi rasanya macam hari jadi semua orang hari ni. Rasa macam graduation day pun ada. MasyaAllah Tabarakallah.”
Biarpun merasa gembira namun jauh di sudut hati Sari bahawa dia merasa takut dengan ulang tahun kelahirannya kali ini.
Hakikatnya usia 40 tahun adalah usia matang dan masa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Tadi masa berbual dengan kawan, Kakak cerita rasa takutnya hari lahir tahun ni. Rasa makin dekat betul dengan kematian.”
Lantas, Sari mengambil peluang itu untuk meminta maaf kepada semua yang mengenali dirinya sambil mengharapkan pengakhiran yang baik buat semua.
“Jadi Kakak nak ambil peluang ni minta maaf pada semua untuk semua kesalahan. Manatau ada yang boring sampai tension tengok post kakak ke apa ..
“Ada yang kakak janji nak post resepi tapi lupa atau tak sempat aaaa….. minta maaf semua. Semoga kita semua punya pengakhiran yang baik.”
JEP TITIP UCAPAN ISTIMEWA
Sari bertuah kerana turut menerima ucapan istimewa daripada suami tercintanya, Jep.
Memetik kata-kata Jep buat Sari menerusi siaran segmen pagi Sinar FM baru-baru ini, selain ucapan hari lahir Jep mendedahkan dia sangat bertuah dan bersyukur kerana dijodohkan dengan Sari yang disifatkan seorang yang menyenangkan dan menenangkan.
“Selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Sariyanti binti Mohamad Nazari.
“Orang yang sangat menyenangkan dan menenangkan. Kadang kala nampak kita sebagai ketua keluarga tetapi dalam hal itu saya banyak merujuk dan belajar daripadanya.
“Saya doakan yang baik-baik sempena ulang tahun kelahiran. Dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurnia kesihatan yang baik.
“Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat-NYA, mudah-mudahan mendapat reda-NYA.
“Moga keluarga kita mendapat kebahagiaan, keharmonian dalam rumah tangga kita. Happy birthday to you.
“Saya sangat bertuah, Alhamdulillah Allah jodohkan saya dengan Sari.
“Ia satu anugerah dan hadiah yang sangat bermakna,” kongsi Jep.
BACA JUGA: Walaupun TUDUNG Penuh Almari, Tapi Sari Yanti BERHIJRAH Setelah Berkahwin & Kini Kekal ISTIQOMAH
Untuk info, Sari Yanti dan Jep bernikah pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 6, Muhammad Khidir, 4, dan Abu Bakr, 3.
Hasil perkahwinan terdahulu (pertama) Sari dikurniakan dua cahaya mata iaitu Barr Al-Aliy, 14, dan Baasit Al-Haq, 13.
Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin berkongsikan kisahnya sewaktu bergelar pelajar dahulu. Jelasnya, dia telah gagal dalam mata pelajaran matematik dahulu sewaktu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun begitu, Syifa yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik, ‘Kekasih’ bersama adik-beradiknya tidak pernah patah semangat dalam mengejar cita-citanya.
“Okaylah Syifa ceritalah satu rahsia ni okay, since harini kami saja melawat tempat kenangan kami utk next content kami. Syifa bersekolah di SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar, dari form 1- form 5.
“Form 1-3 duduk dekat kelas nombor dua okay la not bad total ada 4 kelas, masuk form 4-5 Syifa pilih aliran sastera sebab Syifa suka membaca dan menulis. Alhamdulillah sampai sekarang suka menulis.
“Masuk form 4 Syifa dah start jadi pemalas malas gila nak belajar,banyak main je sekolah pun asyik doa hujan pagi pagi sebab malas nak pi sebab pergi kelas naik basikalkan.
“Sampai tingkatan 5 dah SPM paling excited nak jawab paper agama, bahasa melayu dan sastera sebab itu je yang aku mahir.
“Mai paper math sumpah nak kencing nak terberak sebab out teruk! PMR pun tak cemerlang. Math aku sejenis benak memang tak faham cikgu ajar apa.
“Masalahnya aku yang benak. Cikgu tu ajar elok ja. Weh SPM aku failed math tau. Sumpah tak tipu. Ada A pun tak guna dah math gagal.
“Dah lama aku simpan aib ni tak semua orang tahu. Memang harapan aku nak dapat belajar UITM. Dah math pun tak kredit, itu yang sambung belajar dekat swasta. Tapi Alhamdulillah math ja bodoh kira duit tak bodoh,” luah Syifa di Instagramnya.
View this post on Instagram
A post shared by SM (@syifamelvin) on
Di ruang komen, salah seorang cikgunya sewaktu zaman persekolahan juga telah meluahkan rasa bangganya apabila dapat melihat kejayaan Syifa pada hari ini. Selain itu, ramai yang turut mengakui melalui perkara yang sama seperti Syifa dan terinspirasi dengannya agar tidak mudah mengalah dalam hidup.
Download seeNI sekarang!
“Air dicincang tidak akan putus”
Begitulah peribahasa yang sering digunakan bagi menggambarkan ikatan kekeluargaan sesebuah keluarga yang erat dan terus bersatu biarpun dilanda ujian dan dugaan hingga pernah berpisah atau bermasam muka.
Rasa rindu selalu, begitulah yang dirasai oleh pasangan kembar Instafamous, Ieka dan Iera Tajuddin yang akhirnya bertemu kembali selepas setahun. Sebelum ini, Ieka pernah berkongsi bahawa dirinya sudah lama tidak bertemu Iera dan ibunya selepas ibu bapa mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Berkat kesabaran mereka, akhirnya pasangan kembar ini bertemu kembali dalam satu pertemuan yang ringkas namun menyentuh hati.
Iera memang sedih kalau takda Ieka
@ieratajudin1 Janji taknak pisah dah lepasni, alhamdulilah ya Allah. Jujur iera memang sedih kalau takda ieka. Setahun yang memeritkan🥺 @ieka.tajudinofficial #fyp #fypdongggggggg #twin ♬ suara asli – 𝙢𝙪𝙨𝙞𝙠𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮_
Alhamdulillah, Allah dengan doa Ieka
@ieka.tajudinofficial Alhamdulilah selama 1 Tahun…..Allah dengar doa ieka..Rindu yang Tak dapat digambarkan🥺 @ieratajudin1 #fyp #foryou ♬ original sound – dyaarose – Ledyaa💗
Di ruangan komen, ramai yang tersentuh hati bila melihat momen pasangan kembar ini. Lama memendam rindu akhirnya kini bertemu kembali. Alhamdulillah!
Download seeNI sekarang!
Cacat penglihatan tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri Shaari Arifin, 56, dan Fatimah Che Jaafar, 49, bagi meraikan hari konvokesyen anak tunggal mereka sempena Istiadat Konvokesyen ke-91 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka di Dewan Taming Sari, Lendu, Alor Gajah pada beberapa hari yang lalu.
Walaupun tidak dapat melihat, namun perasaan itu tetap teruja apabila memegang skrol anak, Siti Salmah Salim, 22, bagi Diploma Pengurusan Perniagaan biarpun hanya dapat merasa.
Ibu mana yang tidak bangga apabila melihat anaknya berjaya bukan? Bagi Fatimah, dia berasa begitu bangga dan gembira apabila melihat kejayaan anak kandungannya itu. Biarpun dia membesar dalam serba kekurangan, namun dia membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya seperti orang lain.
Jauh di sudut hatinya, dia terharu diberi penghormatan masuk ke dalam dewan mendengar panggilan nama anaknya bersama siswazah lain walaupun tidak dapat melihat.
“Saya tidak dapat melihat sejak berusia dua tahun akibat sakit. Apapun saya tetap reda dan bersyukur malah sentiasa berdoa zuriat saya ini memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.
“Namun kejayaannya adalah atas usaha gigih dan ketekunannya untuk mengubah kehidupan,” katanya yang juga busker di Danau Kota dan Jalan Tuanku Abd Rahman, Kuala Lumpur.
Ujarnya, dia sentiasa memberi galakan, semangat, dorongan dan motivasi untuk anaknya itu berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
Kebiasaannya, dia dan suami keluar dari rumah mereka di Setapak kira-kira 10 pagi hingga lewat malam mencari rezeki melalui busking. Sememangnya dia sangat gembira apabila mengenang sokongan arwah suami dan pasangan (Shaari) yang memberi impak kejayaan terbabit.
Sementara itu, Siti Salmah berkata kejayaan itu dihadiahkan kepada ibu, bapa tirinya dan arwah bapa kandung, Salim Ismail yang juga cacat penglihatan walaupun sudah meninggal dunia pada 2004 akibat strok dan darah tinggi.
“Merekalah sumber kekuatan saya untuk terus melanjutkan pelajaran. Kini saya menyambung pelajaran peringkat ijazah dalam bidang perakaunan di UiTM Jalan Hang Tuah,” katanya kepada Harian Metro.
kredit: Harian Metro
Download seeNI sekarang!