Tak ulas isu mahkamah, Shuhada cuma mahu terus melangkah ke hadapan

Tak ulas isu mahkamah, Shuhada cuma mahu terus melangkah ke hadapan

Kemelut rumah tangga antara Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mohd Shukri masih lagi hangat diperkatakan.

Pagi tadi pelakon berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencederakan isterinya sehingga mengalami 10 jahitan tempoh hari.

Hafidz juga telah diperintahkah mahkamah untuk mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia. Peguamnya, Datuk Akbardin Abdul Kader memberitahu bahawa pelakon itu mempunyai masalah bipolar.

Ketika ditemui media, pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi itu mengakui bahawa dia masih lagi menyayangi Shuhada dan berharap dapat berdamai.

Menjengah ke ruangan Instagram Shuhada, dia telah berkongsi gambar bersama anaknya dengan meninggalkan kapsyen motivasi untuk terus melangkah dan terus ke hadapan.

Shuhada juga sama sekali tidak mengulas berkenaan kes mahkamah yang melibatkan Hafidz Roshdi.

Pagi tadi, pelakon filem Pusaka itu telah mengaku tidak bersalah mencederakan isteri dengan menumbuk wajah wanita itu sehingga mendapat 10 jahitan.

Difahamkan, Hafidz telah didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Sumber: Instagram Shushukrii