Tak Terima Bayaran Walau Satu Sen, Eyka Dan Rakannya Bongkar Kisah Di Sebalik ‘Content’ Hilang | Oh! Media

Tak Terima Bayaran Walau Satu Sen, Eyka Dan Rakannya Bongkar Kisah Di Sebalik ‘Content’ Hilang | Oh! Media

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai kes kehilangan pempengaruh, Eyka selepas masuk ke dalam hutan di Bandung, Indonesia.

BACA: Eyka Akhirnya Bersuara Selepas Teruk Dikecam Dalam Pembikinan ‘Content’ Pura-Pura Hilang Ammar Nazhan

Siapa sangka kes kehilangan itu hanyalah content semata-mata dan polis Indonesia sendiri sudah bersuara.

Terbaru, dua rakan yang merupakan watak utama dalam content tampil berkongsi kisah sebenar di sebalik kejadian itu.

Eyka dan rakannya dedah tak dibayar walau satu sen

Dalam sesi podcast bersama penyanyi rap Caprice, Eyka menyatakan keluarganya dimaklumkan bahawa ianya lakonan pada hari kedua dia hilang.

Disebabkan itulah, keluarganya langsung tidak bersuara dan cemas ketika kejadian tular. Lebih mengejutkan Eyka memberitahu mereka tidak dibayar walau satu sen pun.

Masa tu, saya takut diapa-apakan. Sebab itu saya okay, buat jelah.

Sementara itu, seorang lagi individu bernama Izrin mendakwa mereka tidak pernah mendapat bayaran sepanjang menghasilkan content.

Mereka diberikan makanan dan tempat tinggal secara percuma dan bebas untuk melakukan kerja lain.

Izrin mendakwa lagi, kisah kehilangan sudah dirancang dengan teliti dan mempunyai jalan ceritanya.

Rancangan dibuat dengan teliti

Lebih mengejutkan, pihak polis dan tentera Indonesia dikatakan sudah dibayar sehingga 10 juta rupiah untuk menampakkan ianya benar.

Malah, ketika pihak polis Indonesia memberi kenyataan kepada media ianya juga didakwa hanya lakonan.

Sebelum live semua akan briefing secara besar-besaran, polis pun dah standby.

Isu ini menjadi lebih kontroversi apabila Izrin turut mendakwa bahawa selepas insiden tersebut menjadi tular, seorang individu dibayar untuk dijadikan ‘kambing hitam’ dan mengambil tanggungjawab ke atas kejadian itu.

Namun individu pada akhirnya tidak muncul. Tak habis disitu, Eyka mendakwa dia dipaksa mengaku bahawa kejadian hilang itu benar supaya kes ditutup.

Tetapi Eyka enggan berbuat demikian kerana tidak sebarang jaminan diberikan.

Tonton video penuh:


Scroll to Top