Tak sempat jual ketum

Tak sempat jual ketum

mhafis@hmetro.com.my

Ampang Jaya: Kegiatan seorang lelaki membeli 27 kilogram (kg) daun ketum untuk proses dan dijual semula terbongkar selepas ditahan di parkir kediamannya Taman Pandan Mesra, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan Task Force Balai Polis Ampang yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Ampang Inspektor Mohamad Fareez IzzuanMohd Fazel.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai tiga bungkus plastik besar berwarna merah di bahagian hadapan penumpang dan dua bungkus plastik besar berwarna merah di bahagian penumpang belakang yang didalamnya mengandungi kepingan dedaun basah disyaki daun ketum.

“Semakan mendapati suspek,43, mempunyai dua rekod jenayah lampau tidak dikehendaki dan saringan ujian air kencing dilakukan ke atas individu berkenaan mendapati penama negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya kepada Harian Metro malam ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top