Tak sangka mangsa kemalangan rakan sekerja sendiri

Tak sangka mangsa kemalangan rakan sekerja sendiri

Berikut adalah versi yang telah dibetulkan dari segi **ejaan**, **perkataan**, dan **tanda baca**, tanpa mengubah ayat asal:

am@hmetro.com.my

Pendang: “Arwah puasa semalam… Biasanya dia balik ke rumah selepas selesai bertugas sekitar jam 5 petang dan tak sangka semalam adalah hari ‘terakhirnya’ bekerja.

“Kira-kira 15 minit kemudian, kami terima panggilan daripada orang awam memaklumkan ada pegawai bomba terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Choras, kami bergegas ke sana,” kata Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Shahir Mohamed Zakaria.

Ahmad Shahir berkata, dia sempat berbual dengan Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohd Arizal Mahmud, 54, sebelum dia pulang dan terbabit dalam kemalangan itu semalam.

Katanya, dia yang juga Komander Operasi BBP Pendang yang terbabit dalam operasi itu semalam berkata, sebaik sampai di lokasi, arwah dilihat terbaring di tepi jalan dan mengadu sakit dada.

“Masa itu dia masih sedar dan banyak kali dia cakap sakit dada. Ketika itu, kami beri rawatan awal kepadanya sebelum menghantarnya ke Hospital Pendang dengan menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Pendang.

“Tak lama kemudian, kami dimaklumkan arwah meninggal dunia malam tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ahmad Shahir, Mohd Arizal sudah tiga tahun bekerja di BBP Pendang dan berulang alik dari rumahnya di Taman Desa, Kubang Rotan di Alor Setar.

Katanya, mereka berbual seperti biasa semalam tetapi arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan atau petanda dia akan pergi buat selamanya.

“Dah banyak kami hadiri operasi menyelamat membabitkan kemalangan lain tetapi apabila membabitkan rakan sekerja sendiri, rasa sedih,” katanya.

Sementara itu, rakan-rakan seperjuangan Allahyarham turut menyifatkan Mohd Arizal seorang yang baik dan ceria.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV160 ketika itu dalam perjalanan pulang dari kerja ke rumahnya di Alor Setar.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, mangsa terbabit dalam kemalangan itu pada jam 5.40 petang semalam dan gagal mengawal motosikalnya menyebabkan terbabas dan terseret di atas jalan laluan bertentangan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pendang sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada kepala, tangan kiri, dan luka di kaki kiri,” katanya.

Katanya, jenazah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang pegawai Bahagian Operasi BBP Pendang meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari kerja selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Choras semalam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top