Tak puas hati tidak dapat bilik hotel, 3 warga asing bergaduh

Tak puas hati tidak dapat bilik hotel, 3 warga asing bergaduh

am@hmetro.com.my

Bentong :Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan kejadian pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian selepas satu klip video berdurasi 42 saat tular di media sosial.

“Kejadian berlaku jam 3.05 pagi 17 April lalu dan ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia antara 32 hingga 49 tahun.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati kerana tidak memperoleh bilik hotel walaupun sudah membuat bayaran sebanyak RM1,500,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah iaitu Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, seorang lelaki dituduh di mahkamah hari ini di bawah Seksyen 448 dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan, manakala, seorang lagi lelaki dan seorang wanita ditahan di bawah Akta Imigresen.

“Pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana siasatan masih dijalankan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top