Sebut sahaja nama Alicia Amin, pasti semua sedia maklum mengenai gaya hidup bebas yang dilakukan pelakon dan model kontroversi tersebut.
Terbaru menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, model berusia 26 tahun itu berkata dia berasa hebat apabila mabuk kerana mempunyai suami di sisi untuk menjaga dirinya.
Alicia berkata, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan dirinya yang mabuk selama ini tanpa suami di sisi termasuk soal keselamatan.
BEING DRUNK WHILE HAVING A HUSBAND IS GREAT. 🥰❤️ don’t know how I was drunk without a husband all these years omg. Radiating safety & security. I’m even up at 8am cuz he was making me drink water all night 🥺🥺🥺
— Alicia (@AliciaAmin) March 27, 2021
Ini kerana pemilik nama Raja Alicia Raja Amin itu bahagia kerana suami sentiasa memastikan dirinya selamat selain meminta dia meminum air sepanjang malam.
“Being drunk while having a husband is great. Don’t know how i was drunk without a husband all these years omg. Radiating safety & security. I’m even up at 8am cuz he was making me drink water all night,” tulisnya.
Di ruangan komen, seperti biasa ramai mengecam tindakan Alicia yang secara terang-terangan tanpa segan silu mendedahkan dosa kepada umum.
Malah, pelakon drama Alamatnya Cinta itu mengakui tidak pernah dan tidak akan berpura-pura untuk tidak mengambil alkohol.
Alicia mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor dikenali sebagai Farzan, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab pada 14 Februari lalu.
Sumber: Cari Forum