PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengharapkan peminat supaya tidak mempertikaikan pemilihan pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat bagi mengharungi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula Jumaat.
Menurutnya, setiap pemilihan pemain dilakukan dengan mengambil kira banyak perkara termasuk perancangan taktikal pasukan.
Malah, beliau juga sedar ada peminat yang mempertikaikan senarai pemilihan pemain yang dilakukannya dan menyifatkan mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan.
“Setiap kem kebangsaan, kami mahu memilih yang terbaik. Saya tahu penyokong mempunyai pandangan berbeza mengenai pemilihan pemain, tetapi kami harap semua orang faham kami hanya boleh pilih 23 pemain dan dua pemain untuk setiap posisi.