Tak nak balik bila dijemput, wanita terharu anak akrab dengan pengasuh India

Tak nak balik bila dijemput, wanita terharu anak akrab dengan pengasuh India

Masyarakat Malaysia sememangnya masyarakat yang sangat akrab tanpa membezakan tentang budaya, agama dan bangsa,  lebih-lebih lagi jika hidup berjiran dengan pelbagai kaum.

Sudah tentu hubungan yang terjalin seperti sebuah keluarga besar dimana amalan tolong-menolong sudah menjadi kelaziman.

Hal ini samalah seperti apa yang dikongsikan oleh Syahirah Khalid apabila memuat naik video anaknya yang sangat akrab dengan jiran merangkap pengasuh kanak-kanak berkenaan yang berbangsa India dan mesra disapa, Patti.

Menerusi video yang tular di TikTok, anaknya yang dikenali sebagai Adelia sangat sayang dengan pengasuh yang dipanggil emak. Mana tidaknya, bayi berusia 7 bulan itu dijaga dengan baik sepanjang Syahirah bekerja.

@araa_vaniella

Replying to @MissCallMissYou hello poliss.. anak saya dah xkenal ibu dia🥲🥲🥲😭😭

♬ Nyaman – Ash Fasryll

Dia juga sempat berseloroh apabila anak bongsunya itu tidak mengenalinya lagi kerana begitu akrab dengan Patti.

Dalam video yang berlainan, bayi itu dilihat merengek kerana tidak sihat namun terus ceria serta berhenti menangis selepas ditemani oleh Patti.

@araa_vaniella

Replying to @Nrqlm ❤️ tq @kumarikalaitasan5

♬ Buah Hati – Armada

Perkongsian yang tular itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata begitu terharu dengan keakraban mereka walaupun berbeza bangsa.

Ada juga di antara mereka berkongsi pengalaman sama apabila begitu rapat dengan jiran tetangga walaupun berlainan kaum namun tetap hidup harmoni dan saling menghormati.

 

Sumber: TikTok @araa_vaniella

Scroll to Top