Tak mengapa jika dia bersama wanita lain- Nora Danish

Tak mengapa jika dia bersama wanita lain- Nora Danish

KUALA LUMPUR- Pelakon Nora Danish meminta semua pihak supaya menghormati kehidupan peribadi beliau dan bekas suaminya, Nedim Nazri.

Katanya, mereka sudah membawa haluan masing-masing selepas bercerai dan hanya rapat atas urusan anak-anak.

“Tidak mengapa jika dia kelihatan bersama wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya.”

“Jadi, biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay?”

“Masing-masing sudah melalui jalan yang berbeza,” katanya menerusi satu hantaran Instagram Story.

Hantaran yang dibuat pelakon jelita itu dipercayai menjawab beberapa isu yang diajukan netizen berhubung kehidupan peribadi beliau dan bekas suaminya selepas penceraian mereka.

Nora dan Nedim bernikah pada 2017 dan bercerai 19 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 6 tahun.- MalaysiaGazette