“Tak Kisahlah Nak Pinangkan Madu Atau…” – Mona Allen Minta Jangan Normalisasikan Jaja Isu Rumah Tangga Pada Umum

“Tak Kisahlah Nak Pinangkan Madu Atau…” – Mona Allen Minta Jangan Normalisasikan Jaja Isu Rumah Tangga Pada Umum

Pelakon Mona Allen menegur tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi perihal rumah tangga mereka pada khalayak.

Katanya, urusan rumah tangga termasuklah memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain haruslah disimpan secara peribadi dan bukanlah diuar-uarkan kepada umum.

Lebih menyedihkan, ada pihak yang sanggup menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai ‘content’ untuk meraih jumlah tontonan yang tinggi.

“Dah jumpa bakal madu, izinkan suami kahwin dua. Nak tolong pinangkan, ya ampun.

“Tolonglah jangan normalisasikan benda ni boleh? Urusan rumah tangga, tolong simpan dalam rumah tangga. Tak kisahlah nak pinangkan madu ke, madu ketiga atau keempat.

“Simpan rahsia-rahsia rumah tangga boleh tak? Tolong belajar  jangan bercakap pasal rumah tangga dekat public,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Monna atau nama penuhnya, Munna Hafiraneza Allen, 40, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Sekadar info, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakandengan  dua orang cahaya mata.

Scroll to Top