Pelakon filem terkenal, Hairul Azreen hari ini memaklumkan yang dirinya tidak dapat meneruskan pengambaran filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof berikutan mengalami kecederaan serius.
Menerusi perkongsian suami kepada aktes Hanis Zalikha ini, dia menyatakan rasa dukacita terhadap pengundurannya kerana mengalami kecederaan urat lutut di bahagian kiri (ACL).
Dalam gambar dan video yang dikongsikan, dapat dilihat Hairul menahan sakit sambil menerima rawatan awal disebelah pengarah filem tersebut.
Dia juga memuat naik momen sewaktu menerima rawatan di hospital serta berada di atas kerusi roda.
Oleh sebab itu, pelakon filem Paskal ini memohon maaf kepada pihak produksi dan rakan-rakan diatas kejadian yang tak diingini sehingga pengambaran tersebut tergendala. Dia juga mengatakan mungkin sudah tiba masanya untuk berehat buat seketika dari terus bekerja sehingga mengalami kecederaan.
Susulan daripada itu, ruangan komen Instagram pelakon berkenaan telah dihujani dengan doa agar dirinya segera sembuh dari kenalan dan juga peminat.
Sumber: Instagram Hairul Azreen