Video seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman menengking anggota berpangkat Lans Koperal telah menjadi perbualan ramai memandangkan ia tular di media sosial.
Memetik laporan dari Berita Harian, wanita terbabitu juga didakwa mengugut mahu memukul orang awam.
Berlagak nak mampus perempuan ni. Kalau betul dia pegawai polis naya la anak buah nak kena hadap dengan perangai sial dia. pic.twitter.com/UcPIuurAxk
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) June 15, 2023
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihak polis telah menerima laporan daripada seorang individu yang mendatanginya di kedai makan di Taman Sri Gombak, Batu Caves, jam 12 tengah hari.
“Wanita itu yang memperkenalkan diri sebagai penjawat awam bertindak memarahi pengadu atas sebab membuat bising di rumah jiran. Dia turut menggunakan nada suara tinggi dan mengatakan ingin menahan pengadu kerana membuat bising.
“Dia kemudian mengugut mahu memukul pengadu dan turut memarahi semua orang yang berada di lokasi kejadian,” katanya.
Pihak polis juga telah membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Difahamkan, wanita tersebut juga telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.
Oleh itu, Hussein menasihati orang awam supaya tidak terus menularkan video tersebut kerana boleh menggangu ketenteraman serta mengganggu proses siasatan.
Terdahulu, video seorang wanita tempatan mencemuh anggota polis berpangkat Lans Koperal telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata mengecam tindakan wanita yang mengaku merupakan pegawai kanan polis kerana bersikap biadap kepada anggota bawahan serta orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Sumber: Berita Harian (Raja Noraina Raja Rahim)