“Tahun Lalu Banyak Tertinggal” – Nadia Brian Tak Mahu Terlepas Solat Tarawih

“Tahun Lalu Banyak Tertinggal” – Nadia Brian Tak Mahu Terlepas Solat Tarawih

Teruja setiap kali tibanya bulan Ramadan, pelakon Nadia Brian berkata dia akan mengehadkan kerja penggambaran ketika bulan puasa ketika mahu memberi tumpuan melakukan ibadah.

Memetik Harian Metro, Nadia berkata di bulan Ramadan inilah dia akan berkumpul bersama keluarga untuk berbuka dan bersahur serta menunaikan solat tarawih.

BACA: “Takde Siapa Ke Suka Saya?” – Nadia Brian Harap Jumpa Lelaki Ikhlas Terima Seadanya

“Alhamdulillah, saya sangat seronok dan teruja setiap kali tiba Ramadan sebab ketika inilah boleh berkumpul dengan seluruh ahli keluarga, dapat bersahur dan berbuka.

“Kemudian, di bulan puasa ini juga kita dapat buat solat Tarawih dan kurangkan aktiviti ‘shooting’ sebab, dalam setahun bekerja itu, memang bulan puasa saja saya kurang ‘shooting’. Kalau tidak, jadual saya sangat padat,” katanya.

Sementara itu, Nadia berkata dia berhasrat agar dapat mengerjakan solat Tarawih penuh pada Ramadan kali ini berbanding tahun sebelumnya dia banyak tertinggal.

“Saya teringin nak buat lebih banyak solat Tarawih pada tahun ini. Harap ibadah solat Tarawih itu lebih banyak dapat saya buat tahun kali ini berbanding tahun sebelumnya. Sebab, tahun lalu saya agak banyak tertinggal.

“Memang terasa rugi sangat. Jadi, Ramadan kali ini saya tekad memang hadkan kerja untuk dapat buat solat Tarawih lebih banyak,” katanya.

SUMBER: Harian Metro


Scroll to Top