Sekalung tahniah diucapkan kepada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berjaya mendapat TEMPAT KETIGA dalam BEST SOCIAL INNOVATION (Organisation Category) sempena Grassroots Innovation Management Institute (GIMI) Innovation Awards yang diadakan pada 6 November 2024 bertempat di Universiti LaSalle, Barcelona, Sepanyol.
Kedua-duanya adalah inovator global yang berimpak besar. Bukan kaleng-kaleng pesaing YIM ni gais. Kita patut bangga YIM menjadi senarai dalam top 3 dan membuktikan bahawa Malaysia boleh!
Pengiktirafan inilah bukti komitmen YIM dalam memperjuangkan inovasi sosial yang memberi manfaat kepada komuniti di peringkat akar umbi, sejajar dengan matlamat YIM untuk mewujudkan kesejahteraan sosial dan pembangunan lestari di Malaysia.
Anugerah Kategori Disampaikan Kepada Pemenang
Sebanyak lapan anugerah kategori organisasi disampaikan kepada pemenang, iaitu Best Innovation (Private Sector); Best Innovation (Public Sector); Best Social Innovation; Best Innovation Framework; Best Innovative Education Program; Best Startup Ecosystem Support Organization; Best Science Park/Innovation Hub termasuk Special Jury Award for Best Innovation Culture.
Acara ini dihadiri 35 finalis dan hampir 200 orang jemputan dan pemimpin industri dari seluruh dunia, serta dimulakan dengan Ucapan Aluan daripada Mr. Josep M. Pique, Executive President di Lasalle, Ramon Llull University, Sepanyol.
Anugerah Best Social Innovation (Organisation Category) telah diumumkan dan disampaikan oleh Dr. Cynthia Ee, Managing Director, Clarus Consulting Sdn. Bhd. / GIMI Partner in Malaysia kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Sharmila Mohamed Salleh.
Turut hadir memberi sokongan adalah wakil MOSTI, Encik Ruhairi Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan, serta Naib Presiden Kanan Khidmat Pengurusan & Komunikasi Korporat, Encik Ahmad Mukram Mohamed.
Acara diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Dr. Hitendra Patel, CEO & Founder of GIMI yang menekankan kepentingan usaha inovasi dalam mengatasi cabaran global dan memupuk kolaborasi.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada YIM, MOSTI dan MALAYSIA! Ini adalah satu lagi pencapaian yang membanggakan di peringkat antarabangsa. Semoga terus sukses dan cemerlang di masa hadapan dalam menyemarakkan inovasi sosial di Malaysia.