Tahniah! Status Jue Aziz akhirnya terjawab, kembali bergelar isteri 18 Ogos lalu

Tahniah! Status Jue Aziz akhirnya terjawab, kembali bergelar isteri 18 Ogos lalu

Tanda tanya mengenai status Jue Aziz akhirnya terjawab apabila dia sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Ridwan dalam sebuah majlis pernikahan pada 18 Ogos lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelakon Jue atau nama lengkapnya Zuliana Abdul Aziz di laman Instagramnya, pasangan merpati dua sejoli itu menggayakan persalinan serba putih dalam majlis pernikahan yang turut dihadiri ahli keluarga terdekat.

Instagram will load in the frontend.

“Dan apa saja nikmat dan kebaikan yang kamu ada, ianya datang dari Allah,” ujar Zue di ruangan kapsyen.

Status Jue Aziz akhirnya terjawab

Status Jue Aziz akhirnya terjawab

Tahniah Jue!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah buat Jue dan pasangan atas ikatan perkahwinan yang telah dibina dan berharap mereka bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, tular khabar angin mendakwa Jue berkahwin sekali lagi selepas memuat naik video mengenakan pakaian pengantin dengan tangan yang berinai.

Pada ketika itu, netizen menganggap hantaran tersebut hanyalah satu gimik melibatkan produk kosmetik jenamanya.

Status Jue Aziz akhirnya terjawab

Sekadar info, Jue pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik dari Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel pada Mac 2014 dan bercerai Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat iaitu Darwish Naufal, 11 tahun.

Sumber: IG @Jue Aziz