Tahniah! Raysha Rizrose umum kehamilan cahaya mata sulung

Tahniah! Raysha Rizrose umum kehamilan cahaya mata sulung

Pelakon cantik, Raysha Rizrose umum kehamilan cahaya mata sulung apabila berkongsi video bersama suaminya dengan memperlihatkan baby bump yang semakin ketara.

Menerusi perkongsian yang dibuat Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd. Fariz, 28 dia dan suami, Nabil Jeffri yang juga seorang pelumba kereta Formula 2 telah memuat naik momen berpimpinan tangan di tepi pantai.

Instagram will load in the frontend.

Raysha Rizrose umum kehamilan, kongsi video nampak baby bump

Dia turut menyertakan kapsuen ringkas membawa maksud hubungan mereka yang sudah 11 tahun bersama dan lebih setahun bergelar suami isteri.

Dalam video berkenaan juga, Nabil dilihat memegang perut dan mencium perut isteri sebagai tanda rasa bahagia mereka.

Artikel lain: Uqasha Senrose & Raysha Rizrose bagai ‘sleeping beauty’, tampak penat beraya

Raysha Rizrose umum kehamilan, ramai ucap tahniah

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti serta kenalan rapat mereka telah meninggalkan ucapan tahniah ke atas kehamilan Raysha.

Masing-masing juga turut mendoakan supaya urusan mereka dipermudah sehingga hari melahirkan kelak.

Jaga diri, semoga urusan dipermudah

Ramai doakan yang baik2

 

Sekadar info, adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu selepas 10 tahun perkenalan dengan suami.

Difahamkan, Raysha dan Nabil Jefri mulai saling berhubung sejak tahun 2013 lagi apabila saling bertegur sapa di platform Twitter yang kini dikenali sebagai X.

Sumber: Instagram Raysha Rizrose