Tahniah! Raysha Rizrose selamat bersalin, timang bayi perempuan

Tahniah! Raysha Rizrose selamat bersalin, timang bayi perempuan

Pelakon jelita, Farza Naquraisha Mohd Fariz atau lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose selamat bersalin bayi perempuan, semalam.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh kakaknya yang juga merupakan aktres terkenal, Uqasha Senrose dalam Insta-story.

Dalam hantaran tersebut, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen seakan-akan tidak percaya adiknya itu sudah menjadi ibu kepada seorang cahaya mata.

Raysha Rizrose selamat bersalin

Raysha Rizrose selamat bersalin

Artikel lain: Che Ta bayar hutang Mara RM550,000, akan langsaikan baki sebelum hujung Mac

“Masya-Allah, masih tak boleh percaya awak dah bergelar seorang ibu, adik ku.
“Awak akan sentiasa menjadi adik kecil saya buat selama-lamanya.
“Selamat datang ke dunia my little princess, tahniah sekali lagi Nabil Jeffri dah jadi baba,” ujarnya.

Raysha Rizrose selamat bersalin

Sekadar info, Raysha dan suaminya, Nabil Jeffri mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Instagram @Uqasha Senrose

Scroll to Top