Selebriti lelaki yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja kini disambung reman selama empat hari lagi.
BACA: Selebriti Lelaki Ditahan Rupanya Sudah 8 Tahun Bergelumang Dengan Ganja!
Memetik laporan Kosmo!, perintah itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Sepang, pagi tadi.
Reman disambung 4 hari lagi
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, selebriti tersebut telah direman selama lima hari sejak 15 Disember dan tempoh itu sepatutnya berakhir hari ini.
Tetapi tahanan reman dilanjutkan empat hari lagi bagi membolehkan siasatan lebih lanjut dijalankan. Kes tersebut juga disahkan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk proses selanjutnya.
Mengaku sudah 8 tahun hisap ganja
Terdahulu, seorang selebriti lelaki ditahan reman 5 hari selepas didapati positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).
Serbuan yang dilakukan di rumahnya di Cyberjaya juga menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.
Hasil siasatan mendapati pelawak berkenaan rupanya sudah 8 tahun menagih dadah.